Tuesday, September 29, 2020

Bahagiakan Bini Insya Allah besar ganjarannya

Sedih ada gembira ada dengan kehidupan la..hidop 31tahun naik turun..video nieh throwback masa ada rezeki lebih..hadiahkn fon baru dkt bini sbb dy bnyk susah senang sama2 sepanjang hampir 3tahun kawen..sebab dia jgk rezeki aku melimpah..tapi nk jd cerita aku terpatah balik beli lg sebijik sbb lama xda reward utk diri sndri..teringat dulu aku susah merantau merata cari duit,meniaga tepi jalan juai ayaq,juai burger,keja pump minyak,naik moto p hidop dekat KL hampir 6tahun, merantau ke kuantan hampir 5tahun..alhamdulillah lepas kawen rezeki melimpah ruah..walaupun rezeki masing2 lain2 tp apa aku ada la lebih dr yg aku sangka dan xpernah terpikiaq..allah maha kaya..









Wednesday, July 8, 2020

Perception

Asyik Orang Gaji Kecil Je Kena

1. Bukan semua gaji besar tu bagus pengurusan kewangannya. 

2. Besar atau kecil gaji tak datang sekali dengan pakej bijak urus wang.

3. Besar gaji kadang-kadang besar juga belanjanya. Buktinya ada di sekeliling kita.

4. Gaji kecil kadang-kadang lebih bijak pengurusan wangnya. Kita sedar diri jadi kita urus sebaiknya. Beli rumah, hartanah, emas, mniaga, invest, dll..

5. Gaji besar kalau bijak urus wang, lagi mudah gandakan wang dan buat simpanan.

6. Gaji kecil tak pandai urus wang, lagi haru kehidupan nanti.

7. Jangan lagi tengok luaran. Gaji RM8K minum air ikat tepi.

'Humble sungguh orangnya.' Rupanya gaji lambat lagi. 

8. Gaji RM2K beli beg Mahai.

'Korang ni tak pandai urus kewangan.' Rupanya beli beg pun hanya dua tahun sekali.

#AbangAuni














Friday, June 19, 2020

Latest Progress after PKP

Alhamdulillah dah 80%..lepas PKP mai tengok progress T.M.I (Taman Menerong Indah) , semua berjalan lancar..progress berjalan seperti biasa, nampak macam laju pulak depa buat keja.. Sat ja..insya allah tak lama dah... 🤲











Thursday, January 16, 2020

Hatyai by Train | VLOG #vlog #2020trip #hatyai

Hatyai by Train

Hatyai Trip 2D 1N

Rm9.10- png to pb 
Rm8 - pb to hatyai 
200bx2 - simkad
Jalan kaki pergi Diamond plaza hotel
Jalan kaki ke kai tod cha 
810b - makan Di kai tod cha 
Jalan kaki balik ke hotel 
140b -Grab ke floating market 
20b - bamboo tea
10b - pancake
20b - potato 
15b - tea ais limau 
100b - Souvenir
60b - cermin mata 
130b -Grab ke asean night market
100b - underwear 
40b - kepala charger 
60b - nasi goreng 
60b - kerabu megi 
20b - mineral
50b - sushi 
80bx4 - tuktuk ke hotel
90b - 7e
100bx4 - tuktuk ke dimsum 
460b - makan pagi dimsum
45b - beras pulut 
140bx2 - kerabu megi 
90b - grab ke hotel 
Kemas barang untuk balik 
800bx4 - hatyai ke border 
100b - manicure
60b - koey teaw tomyam 
60b - nasi goreng
20b - ayaq zf
40b - 7e
Rm8 - pdg bsr to Butterworth 
=27900b

Hotel rm150

TOTAL =  RM556

















Thursday, January 9, 2020

Alhamdulillah pembuka 2020 yang baik, LPPSA sudah lulus.. 😊
 




Saturday, December 14, 2019

Sales and Purchase Done ✔️

Alhamdulillah 13.12.2019 selesai urusan S&P. Penutup 2019 yang success..achieved target before age 30 nk ada 2 properties dan alhamdulillah Both are Landed House.
Rezeki allah xpernah salah alamat, berkat usaha, kerja kuat, ikhtar, doa, sokongan isteri, akhirnya rumah kedua dah dalam tangan.
Ramai tanya mcm mana sebenarnya boleh beli 2biji rumah landed dalam masa 3tahun. Tips dia mudah sj, percaya pada diri, even gaji kita kecik biar impian kita besaq.. Tak banyak sikit pun allah akan bagi bila kita dah niat dan usaha yg terbaik.
Memang ramai yg tanya, tak susah ka nak bayaq 2biji rumah masa tengah muda nieh. Satu ja nak pesan, ukur baju badan sendiri. Aku beli rumah dua biji, tapi hutang aku masih belum 80% dari gaji aku.. Dan aku langsung tak kacau duit isteri aku. Kan duit Lelaki tue duit isteri, Duit isteri tue duit isteri.. Haha..
Money management tue yang penting, takda rahsia selain pengurusan kewangan yang baik dan ohsem dari mula.. Elakkan banyak berhutang, kad kredit, pinjaman peribadi, hutang2 remeh seperti TV, Peti Ais, Moto, Bil Telefon, Telefon Bayar Bulan janji Iphone 11,dll.. Sebenarnya bila dah ada target hartanah nieh, kita kena ketepikan semua benda2 kehendak nieh.. Aku bukannya langsung tak enjoy, aku holiday jgk setahun 3-4kali..tp budjet n kdg2 grand pun dari duit saving utk vacay, itu pun kena perancangan rapi baru vacation tak guna duit monthly salary kita. Kalau ada bussiness tepi atau side income lagi bagus, gaji hakiki+side income is better then duduk saja dan berangan tengok org makin hebat, kaya dan berjaya. But time for fmily is important dan jangan kerja sampai kau abaikan mereka, kerana keberkatan dlm hidop kita nieh adalah doa dan support dr org yg kita sayang. Kita berjaya bukan sorang2 tapi dengan keluarga tercinta, itu yang paling ohsem. 
Apa pun rezeki allah itu masing2, ya aku dah ada 2biji rumah, ada isteri, ada mak ayah, adik beradik, ada Career.
Actually rumah 1st aku sewakan dan keuntungan rumah tue la aku buat topup sikit duit rumah baru yg lebih besaq. Tapi aku stay kuarter sebab saving cost bila calculate kos perjalanan dan tol ke opis dr rumah yg aku beli.. Plus penat dan risiko kalau dok main jalan hari2 jauh ke tempat kerja.. Tak rugi tak untung..so aku stay kuarters, its cheaper then you get stress everyday bila nk p keja jauh..kenapa tak beli rumah dekat office? Haha sebab aku xmampu, area Georgetown Penang nieh even rumah flat pun dh around 200k,so aku decide rumah landed dekat Seberang Perai is better dan selesa kemudian hari. Guys Seberang Perai dah jadi bandaraya ye, so properties every part of Penang is sangat2 mahal dan berbaloi dimana pun hampa beli, janji alamat Pulau Pinang.
Rumah yg aku beli cuma sebagai weekend house. Untuk beristeri rehat time cuti atau bila keluarga nak mai dari KL or so on.. Kawan2 pun boleh datang lepak BBq n so on..
Tak rugi ada rumah walaupun xduduk pun.. Tapi jgn la semua rumah yg hampa beli xduduk, sewakan la, just left one for you best relax home. At least hg ada Harta then hdop hg dh complete.. Asset nieh bukan untuk masa sekarang, tapi utk future, untuk bini, anak2 dan keluarga.. Preparation better then nothing been prepared.. 😉 Assalamualaikum... 


Ride To Cameron Highland